Pada 14 September 2024, sambutan RXZ Members V6 kembali menggegarkan tanah Terengganu dengan penyertaan luar biasa seramai 80,000 peserta dari seluruh Malaysia. Bertempat di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, acara ini benar-benar mencuri tumpuan bukan sahaja para peminat motosikal, tetapi juga masyarakat setempat yang menyaksikan fenomena luar biasa.
Antara yang menarik perhatian ialah ceramah agama yang menenangkan jiwa, disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI), yang juga selebriti agama terkenal. Bukan itu sahaja, pertunjukan motosikal cantik dan aksi bermotosikal ekstrem membuatkan ramai yang hadir terpukau. Para peminat motosikal RXZ juga berpeluang berkumpul dan berkongsi minat serta memperlihatkan kenderaan kesayangan mereka dalam suasana penuh semangat.
Event ini turut diserikan dengan kehadiran ramai artis tempatan seperti Rosyam Nor, Faizal Hussein, Achey, Pablo Amirul, Tam Spider, dan Mus May, yang menambah lagi kemeriahan serta keunikan program tersebut. Sambutan ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian, malah ia juga memberi impak positif kepada ekonomi setempat, terutama dari segi penginapan, makanan, dan jualan runcit sepanjang beberapa hari event berlangsung.
Bermula pada tahun 2017 dengan V1.0, RXZ Members kini telah memasuki tahun keenam penganjurannya, dan setia diadakan di Terengganu, menjadikannya tradisi tahunan yang semakin kuat. Namun, disebalik kegembiraan, terdapat juga detik-detik duka apabila tiga nyawa diragut dan enam cedera dalam insiden yang berlaku semasa acara ini. Ini bukan kali pertama tragedi melanda, kerana setiap tahun hampir pasti ada kematian atau kecederaan yang berlaku, menjadikan ia simbolik yang menyedihkan buat acara ini.
Walau apapun, sambutan RXZ Members V6 tetap berjaya menyatukan komuniti motosikal di Malaysia, sambil menghidupkan kembali nostalgia pemilik motosikal legenda ini. Memang gila, meriah, dan penuh emosi!
Sumber Gambar : FB – RXZ Members – Official